Nizam "RECREATIONAL ADVENTURES TEAM"

NEWS and INSIGHTS ON ADVENTURES, FROM AROUND THE MALAYSIA. SPRINKLED WITH SOME ADVENTURES OF MY OWN  :)

Friday, March 30, 2007

Update on Candat Sotong@Kapas Island 5-6 May 2007 !!!

Para pencandat sekian,

Saya telah diperkenankan oleh pihak resort (Kapas Island Resort) yakni kita boleh mengunakan tarikh 5-6 May 2007, tu sebagai acara Candat kita.
so boleh la pg FAMILY DAY UEM minggu depan tuh...(kalau nak p la...) Alhamdulillah kuota untuk acara ini sudah penuh!!! yakni fully-booked. So diharap acara pada tahun ini, adalah sebahagian acara "besar" saya, berjaya hendaknya. Tanpa sokongan dan bantuan anda, acara ini mungkin tidak akan terlaksana.

Dengan itu saya sekali lagi ingin memohon pada semua pencandat agar dapat menyegerakan wang pendaftaran RM150.00.
Dengan adanya duit ini dapat saya menyelesaikan beberapa urusan seperti penginapan, bas dan lain-lain.
Wang selebihnya diharap anda semua dapat selesaikan selewat-lewatnya pada 26 April 2007. (Lagi cepat lagi bagus...)

So marila kita berdoa agar acara ini akan dapat dilaksanakan seperti kita rancang...insyallah..

Pada sesiapa yang telah mendaftarkan kawan-kawan anda, tolong forwardkan email in pada mereka, memandangkan tarikh telah pun bertukar.
Dan saya memerlukan size baju anda segera !!

Sekian dari meja seorang yang huha huha..,
p/s: masih fobia dgn email semalam ooooooo......

Rambut sama hitam.. hati lain lain..


Kengkawan yang saya kagumi lagi hormati,
Semalam saya menerima satu email yang agak mengejutkan saya, yakni email-email yang saya hantar berkenaan xviti yg bakal saya anjurkan pada anda semua, rupanya ada "umat" yang kurang senang akan penerimaan email seperti ini..maybe "JUNK" bagi dia... So bagi tidak memudaratkan benda ini lagi kalut.. saya sekali lagi memohon agar, anda semua dapat memahami situasi ini. Barang siapa yang ingin "REPLY" email pada semua address yang saya hantar sebelum ini, diharap tidak berbuat demikian. Bak kata pepatah.." RAMBUT SAMA HITAM..HATI LAIN-LAIN" kira hati KARAT la tuh !!! Sekali lagi saya memohon jasa baik anda semua...sebelum benda ini dibawa pada pihak atasan..itu kata-kata email saya terima... So..sesiapa yang terasa dia makan cili terlebih..sendiri mau ingat...

Thursday, March 29, 2007

xtiviti seterusnya....


jeng jeng jeng...

korang semua tertunggu-tunggu akan xvititi seterusnya kan?? insyallah habih jer acara CANDAT nih... aku nak buek satu lagi acara.. tapi..la nih.. masih lagi RAHSIA....
biar korang dok menong dulu ek.... tapi...nasihat aku..

"simpan ler duit weh......

Candat Sotong@Kapas Island



Kawan Kawan,

Kesinambungan aktiviti kita bersambung lagi, kali ini aktiviti CANDAT SOTONG di Pulau Kapas.

Bayaran sebanyak RM 295.00 sekepala. Mahal???? dakler mahal kot....
Berikut adalah jumlah perbelanjaan kasar yang dikenakan;

Pakej Kapas Island Resort
- One Night Accomodation
- One Lunch
- One Tea Break
- One BBQ
- One Breakfast
- Return Speed Boat Transfer
- Squid Catching Boat
- T-shirt dan
Bas dari Faber Towers ke Jeti Marang. Kalau berkesempatan... kita p SHOPPING!!!!

So pada sesapa yang kempunan akan aktiviti ini pada tahun lepas, inilah masanya untuk menyentap dan mabuk bersama sotong-sotong disana. Bayaran RM 150.00 dikenakan semasa pendaftaran (sempat kalau nak menabung) heheheheh.

Tempat adalah terhad...44 org sahaja..

Memandangkan ramai yang bakal bertanyakan akan kehadiran wife@suami@spouse@kawan@gf@bf@atuk@nenek@ untuk aktiviti ini, saya skali lagi tanpa segan silu membuka ruang pada mereka untuk menjayakan trip ini.
So sertakan nama mereka-mereka yang berminat untuk mengikuti riadah kita ini.
Siapa cepat, dia dapat...
Perlu diingatkan bahawasanya aktiviti ini tidak melibatkan pihak OSRC ataupun pihak syarikat,
Aktiviti ini adalah sebahagian dari usaha saya untuk mereliasasikan impian kawan-kawan yang kempunan.... hahahaha

Pada sesiapa yang berminat sila sertakan nama, no ic dan alamat rumah dan emailkan pada mnizam@opusplc.com
sebelum 13 April 2007.

"MOH G GANU......."

Rafting di Sg Slim 17-3-2007



Kawan Kawan,
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang menjayakan aktiviti kita pada
17-3-2007 di Sungai Slim. Tanpa penglibatan semua mungkin acara ini tidak akan berjaya. Sekali lagi saya ingin memohon maaf kerana, acara ini bertukar tempat pada saat-saat akhir. Mungkin sedikit sebanyak ianya mencacatkan keseronokan yang saudara-saudari bayangkan.

Pihak Khersonese akan memulangkan wang lebihan dari aktiviti yang sepatutnya.
Saya akan memulangkan semula, setelah pihak Khersonese membuat pembayaran. Perlu diingatkan pihak Khersonese akan mengenakan bayaran berkenaan foto-foto yang diambil oleh Khersonese.

Sekali lagi saya memohon maaf sekiranya aktiviti ini tidak memenuhi kehendak saudara-saudari.